Nama Saiyidina Abu
Bakar Al-Siddiq R.A. adalah tidak asing lagi bagi sekelian ummat Islam,
baik dahulu mahupun sekarang. Dialah manusia yang dianggap paling
teragung dalam sejarah Islam sesudah Rasulullah S.A.W. Kemuliaan
akhlaknya, kemurahan hatinya dalam mengorbankan harta benda dan
kekayaannya, kebijaksanaannya dalam menyelesaikan masalah ummat,
ketenangannya dalam menghadapi kesukaran, kerendahan hatinya ketika
berkuasa serta tutur bahasanya yang lembut lagi menarik adalah sukar
dicari bandingannya baik dahulu mahupun sekarang. Dialah tokoh sahabat
terbilang yang paling akrab dan paling disayangi oleh Rasulullah S.A.W.
Nama sebenar Saiyidina
Abu Bakar Al-Siddiq adalah Abdullah Bin Qahafah. Sebelum Islam, beliau
adalah seorang saudagar yang tersangat kaya serta datangnya dan keluarga
bangsawan yang sangat dihormati oleh masyarakat Quraisy. Bahkan sebelum
memeluk Islam lagi, Abu Bakar telah terkenal sebagai seorang pembesar
Quraisy yang tinggi akhlaknya dan tidak pernah minum arak sebagaimana
yang lazimnya dilakukan oleh pembesar-pembesar Quraisy yang lain.
Dan segi umur,
Saiyidina Abu Bakar R.A. adalah dua tahun lebih muda dan Rasulullah
S.A.W. dan telah menjalin persahabatan yang akrab dengan baginda Rasul
lama sebelum Rasulullah S.A.W. menjadi Rasul. Beliaulah tokoh sahabat
besar yang dianggap paling banyak sekali berkorban harta benda untuk
menegakkan agama Islam di samping Nabi Muhammad S.A.W. Kerana besarnya
pengorbanan beliau itulah Rasulullah S.A.W. pernah mengatakan bahawa
Islam telah tegak di atas harta Siti Khadijah dan pengorbanan Saiyidina
Abu Bakar R.A. Adapun gelaran Al-Siddiq yang diberikan kepadanya itu
adalah kerana sikapnya yang selalu membenarkan apa sahaja kata-kata
mahupun perbuatan Nabi Muhammad S.A.W. Dalam hal ini elok kita petik
suatu kisah seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas'ud yang dicenitakan
sendiri kepadanya oleh Saiyidina Abu Bakar, tentang bagaimana Saiyidina
Abu Bakar R.A. memeluk agama Islam.
Kata Saiyidina Abu
Bakar R.A. ketika menceritakan suatu kisah mengenai dirinya kepada Ibnu
Mas'ud, "Aku pernah mengunjungi seorang tua di negeri Yaman. Dia rajin
membaca kitab-kitab dan mengajar banyak murid. Dia berkata kepadaku:
"Aku kira tuan datang dari Tanah Haram.
"Benar, “jawabku.
"Aku kira tuan berbangsa Quraisy?”
"Benar,” ujarku lagi.
"Dan apa yang aku lihat, tuan dan keluarga Bani Taiyim?”
"Benarlah begitu,” tambahku selanjutnya.
Orang tua itu terus
menyambung, katanya, "Ada satu lagi hal yang hendak aku tanyakan dari
tuan, iaitu tentang diri tuan sendiri. Apakah tak keberatan jika aku
lihat perutmu?
Maka pada ketika itu
aku pun berkata, "Aku keberatan hendak memperlihatkan selagi tuan tidak
nyatakan kepadaku perkara yang sebenarnya.
Maka ujar orang tua
itu, "Aku sebenarnya melihat dalam ilmuku yang benar bahawa seorang Nabi
Allah akan diutus di Tanah Haram. Nabi itu akan dibantu oleh dua onang
sahabatnya, yang seorang masih muda dan seorang lagi sudah separoh umur.
Sahabatnya yang muda itu berani berjuang dalam segenap lapangan dan
menjadi pelindungnya dalam sebarang kesusahan. Sementara yang separoh
umur itu putih kulitnya dan berbadan kurus, ada tahi lalat di perutnya
dan ada suatu tanda di paha kirinya. Apalah salahnya kalau tuan
perlihatkan kepadaku.
Maka sesudah dia
berkata itu aku pun membuka pakaianku lalu orang tua itu pun melihatlah
tahi lalat hitam di atas bahagian pusatku seraya berkata, "Demi Tuhan
yang menguasai Kaabah, tuanlah orangnya itu!
Kemudian orang tua itu
pun memberi sedikit nasihat kepadaku. Aku tinggal di Yaman untuk
beberapa waktu kenana mengurusi perniagaanku dan sebelum meninggalkan
negeri itu aku sekali lagi pergi menemui orang tua tersebut untuk
mengucapkan selamat tinggal kepadanya. Kemudian dia lalu bertanya,
"Bolehkah tuan menyampaikan beberapa rangkap syairku?
"Boleh sahaja, “jawabku.
Setelah itu aku pun
membawa pulang syair-syair itu ke Mekah. Setibanya aku di Mekah, para
pemuda bergegas datang menemuiku seraya berkata, "Adakah engkau tahu
yang sudah terjadi? Maka ujarku pula, "Apakah yang terjadi itu?
Jawab mereka, "Si yatim
Abu Talib kini mengaku menjadi Nabi! Kalaulah tidak mengingat engkau
hai Abu Bakar, sudah lama kami selesaikan dia. Engkaulah satu-satunya
yang kami harapkan untuk menyelesaikannya.
Kemudian aku pun
meminta mereka pulang dahulu sementara aku sendiri pergi menemui
Muhammad. Setelah menemuinya aku pun mengatakan, "Wahai Muhammad, tuan
telah mencemarkan kedudukan keluarga tüan dan aku mendapat tahu tuan
terang-terang telah menyeleweng dari kepercayaan nenek moyang kita.
Maka ujar baginda, "Bahawa aku adalah Pesuruh Allah yang diutuskan untukmu dan untuk sekelian ummat!
Aku pun bertanya kepada baginda, "Apa buktinya?
Jawabnya, "Orang tua yang engkau temui di Yaman tempoh hari.
Aku menambah lagi, "Orang tua yang mana satukah yang tuan maksudkan kerana ramai orang tua yang aku temui di Yaman itu?
Baginda menyambung, "Orang tua yang mengirimkan untaian syair kepada engkau!
Aku terkejut mendengarkannya lalu bertanya, "Siapakah yang telah memberitahu tuan, wahai sahabatku?
Maka ujar baginda, "Malaikat yang pernah menemui Nabi-nabi sebelumku.
Akhirnya aku berkata,
"Hulurkan tangan tuan, bahawa dengan sesungguhnya aku naik saksi tiada
Tuhan yang kusembah melainkan Allah, dan tuan (Muhammad) sebenarnya
Pesuruh Allah.
Demikianlah kisah indah
yang meriwayatkan bagaimana Islamnya Saiyidina Abu Bakan Al-Siddiq. Dan
memanglah menurut riwayat beliau merupakan lelaki yang pertama yang
beriman kepada Rasulullah S.A.W.
Keislaman Saiyidina Abu
Bakan Al-Siddiq R.A. telah membawa penganuh besar di kalangan kaum
bangsawan Quraisy kerana dari pengaruh keislamannya itulah maka beberapa
orang pemuda bangsawan Quraisy seperti Saiyidina Uthman
Bin Affan, Abdul Rahman Bin Auf, dan Saad Bin Waqqas menuruti jejak
langkahnya. Semenjak beliau memeluk Islam, Saiyidina Abu Bakan R.A.
telah menjadi pembela Islam yang paling utama serta seorang sahabat yang
paling akrab serta paling dicintai oleh Rasulullah S.A.W. Sebagai
memperlihatkan kecintaan baginda terhadap Saiyidina Abu Bakar R.A.,
dapat kita ketahui dan satu dialog yang terjadi antara baginda Rasul
dengan Amru Bin Al As. Amru seorang sahabat Rasulullah S.A.W. pernah
suatu hari menanyakan Rasul, "Siapakah di antara manusia yang paling
tuan sayangi? Baginda menjawab, "Siti Aisyah, dan kalau laki-laki adalah
bapanya.
Selain daripada itu
Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq R.A. adalah seonang sahabat yang terkenal
kerana keteguhan imannya, cendas akal, tinggi akhlak, lemah lembut dan
penyantun. Rasulullah S.A.W. pernah menyanjungi sahabatnya itu dengan
sabdanya, "Jika ditimbang iman Abu Bakar Al-Siddiq dengan iman sekelian
ummat maka berat lagi iman Abu Bakar. Demikian teguhnya iman Saiyidina
Abu Bakar R.A. demi apakala kita memperhatikan pengertian yang
terkandung pada sabda Rasulullah S.A.W. mengenai dirinya itu. Gelaran
AlSiddiq yang dibenikan orang terhadap diri Saiyidina Abu Bakar R.A.
adalah lantaran memandang sikap serta pendiriannya yang teguh dalam
membenarkan serta membela diri Rasulullah S.A.W. Andainya sekelian ummat
manusia akan mendustakan Muhammad S.A.W. Abu Bakar R.A. akan pasti pula
tampil dengan penuh keyakinan untuk membelanya.
Tidak beberapa lama
setelah memeluk agama Islam, Saiyidina Abu Bakar yang terkenal sebagai
saudagar yang kaya itu telah meninggalkan perdagangannya dan
meninggalkan semua usaha peribadi lain-lainnya lalu menyerahkan segenap
kekayaan dan jiwa raganya untuk melakukan penjuangan menegakkan Islam
bersama Nabi Muhammad S.A.W. sehingga oleh kerana kegiatannya maka Agama
Islam mendapat kemegahan dengan Islamnya beberapa pemuda Quraisy yang
lain seperti yang telah disebutkan itu. Beliau telah mengorbankan
seluruh hanta bendanya untuk menebus orang-orang yang ditawan,
orang-orang yang ditangkap atau disiksa. Selain danpada itu beliau juga
telah membeli hamba-hamba yang kemudian dimerdekakannya. Salah seorang
hamba yang dibelinya lalu kemudian dibebaskan yang paling terkenal dalam
sejarah ialah Bilal Bin Rabah.
Tatkala Nabi Muhammad
selesai melakukan Isra' dan Mikraj segolongan orang yang kurang
mempercayai apa yang telah dikhabarkan Rasulullah S.A.W. telah pergi
menemui Saiyidina Abu Bakan R.A. untuk mendengarkan apa pendapatnya
tentang dakwaan Muhammad S.A.W. itu. Tujuan kedatangan
mereka mendapatkan Abu Bakar R.A. tidak lain dengan prasangka tentunya
Abu Bakar R.A. kali ini akan mendustakan kisah yang tidak masuk akal
pada fikiran mereka itu. Setelah pertanyaan itu disampaikan kepada Abu
Bakar R.A. lalu beliau pun berkata, "Adakah Muhammad berkata begitu?
Sahut mereka, "Benar! Maka ujar Saiyidina Abu Bakar R.A. "Jika Muhammad
berkata begitu maka sungguh benarlah apa yang diceritakan itu. Lalu
mereka pun terus menyambung, "Engkau percaya hai Abu Bakar bahawa
Muhammad sampai ke tanah Syam lebih sebulan perjalanan pulang, di malam
semalam tadi? Maka sahut Abu Bakar sungguh-sungguh, "Benar! Aku percaya!
Malah lebih dari itu aku percaya kepadanya. Aku percaya akan berita
dari langit yg diberitakannya baik pada waktu siang mahupun
di waktu malam! Demikian hebatnya sambutan sahabat yang paling utama
itu. Kerana tegas dan teguhnya iman beliau terhadap agama yang dibawa
oleh Muhammad dan terhadap apa yang dikhabarkan oleh baginda maka beliau
telah diberi oleh Rasulullah S.A.W. dengan gelaran Al-Siddiq, entinya
yang benar.
Dan memanglah tidak
menghairankan sekali sikap Abu Bakar itu. Beliau telah kenal akan
Muhammad S.A.W. bukan sehari dua, melainkan sudah boleh dikatakan seumur
manusia. Beliau tahu bahawa sahabatnya itu berkata benar, tak pernah
bohong; orang amin. Mustahil baginda akan khianat kepada pengikutnya
yang pencaya kepadanya. Beliau mengimani sahabatnya itu Pesuruh Allah
Yang Maha Kuasa, menerima wahyu danipada Tuhannya. Beliau sudah
bertahun-tahun mengikutkan petunjuk yang diwahyukan oleh Allah kepada
sahabatnya itu maka telah teguhlah iman dalam hatinya.
Tatkala keadaan
kekejaman orang-orang musynikin Quraisy terhadap kaum Muslimin yang
sedikit jumlahnya di Mekah semakin hebat dan membahayakan, Nabi Muhammad
S.A.W. telah mengadakan permusyuaratan di rumah Saiyidina Abu Bakar
R.A. untuk mencari jalan keluar daripada kesulitan yang sedang dihadapi
oleh pihak kaum Muslimin. Ketika itulah Rasulullah S.A.W. menjelaskan
kepada Saiyidina Abu Bakar R.A. bahawa Allah S.W.T. telah memerintahkan
baginda supaya melakukan hijrah ke Madinah serta meminta Saiyidina Abu
Bakar R.A. supaya menemaninya dalam peristiwa hijrah tersebut. Dengan
perasaan gembira tanpa sedikit kebimbanganpun Saiyidina Abu Bakar R.A.
menyambut permintaan Rasulullah S.A.W.
Dari pintu belakang
rumah Saiyidina Abu Bakar R.A. Rasulullah S.A.W. bersama-sama Saiyidina
Abu Bakar menuju ke Gunung Tsaur dan bersembunyi di gua yang diberi nama
Gua Tsaur. Pada saat suasana amat kritis, Saiyidina Abu Bakar R.A.
diserang rasa kegelisahan dan cemas kerana khuatir kalau-kalau musuh
dapat mengetahui di mana Rasulullah sedang bensembunyi, maka pada saat
itu turun ayat suci Al Quran dari Surah Taubah yang isinya memuji
Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq, sebagai orang kedua sesudah Nabi s,a.w.
dalam Gua Tsaur. Dalam pada itu Rasulullah S.A.W. pun mengerti akan
situasi dan kegelisahan sahabatnya itu yang oleh kerananya Rasul
berkata, "Apakah yang menggelisahkanmu, bukankah Allah menemani kita?
Kemudian Rasulullah
S.A.W., diriwayatkan berkata selanjutnya untuk menghilangkan kebimbangan
Saiyidina Abu Bakar, "Kiranya mereka masuk juga ke dalam gua ini kita
masih dapat melepaskan diri dari pintu belakang itu, ujar Rasul sambil
menunjukkan ke belakang mereka. Saiyidina Abu Bakar R.A. pun menoleh ke
belakang. Betapa terkejutnya beliau bila dilihatnya pintu belakang yang
ditunjuk oleh Rasul itu, padahal pintu tersebut tadinya tidak ada sama
sekali. Sebenarnya kebimbangan Abu Bakar R.A. tatkala di dalam gua itu
bukanlah kerana takutkan nyawanya akan diragut oleh pihak musuh tetapi
yang lebih dibimbangkannya ialah keselamatan jiwa baginda Rasul. Beliau
pernah berkata, "Yang saya bimbangkan bukanlah mengenai diri saya
sendiri, kalau saya terbunuh, yang tewas hanyalah seorang manusia biasa.
Tapi andaikata tuan sendiri dapat dibunuhnya maka yang akan hancur
ialah satu cita-cita yang suci murni. Yang akan runtuh ialah keadilan
dan yang akan tegak pula ialah kezaliman.
Ucapan antara dua orang
sahabat tatkala dalam gua itu ada tersebut dalam Al Quran dalam Surah
At-Taubah ayat 40: "Kalau kamu tidak menolongnya (Muhammad) ketika dia
diusir oleh orang-orang kafir (dan kampung halamannya), dalam keadaan
berdua orang sahaja di dalam suatu gua, Di kala itu dia (Muhammad)
berkata kepada sahabat karibnya (Abu Bakar): Jangan engkau berdukacita;
sesungguhnya Tuhan bersama kita. Tuhan menurunkan ketenanganNya
kepadanya, dan dikuatkannya dengan tentera yang tidak kamu lihat. Dan
Tuhan menjadikan perkataan orang yang kafir itu paling rendah dan
perkataan Tuhan itu yang amat tinggi. Dan Tuhan Maha Kuasa dan
Bijaksana.
Demikian satu lagi
keistimewaan Saiyidina Abu Bakar AL Siddiq sebagai seorang sahabat yang
sama-sama mengalami kesukaran dan kepahitan bersama-sama Rasulullah
dalam menyampaikan seruan Islam. Saiyidina Abu Bakar R.A. tidak bercerai
jauh dengan baginda Rasul sepanjang hidupnya dan menyertai semua
peperangan yang dihadapi oleh baginda. Beliau bukan sahaja berjuang
menegakkan Agama Islam dengan segenap jiwa raganya bahkan juga dengan
harta kekayaannya. Sungguh beliaulah yang paling banyak sekali berkorban
harta untuk menegakkan Agama Islam. Bahkan seluruh kekayaannya telah
habis dipergunakannya untuk kepentingan penjuangan menegakkan kalimah
Allah. Di kalangan para sahabat beliaulah tergolong orang yang paling
murah hati dan dermawan sekali.
Dalam Perang Tabuk
misalnya, Rasulullah S.A.W. telah meminta kepada sekelian kaum Muslimin
agar mengorbankan hartanya pada jalan Allah. Tiba-tiba datanglah
Saiyidina Abu Bakar R.A. membawa seluruh harta bendanya lalu
meletakkannya di antara dua tangan baginda Rasul. Melihat banyaknya
harta yang dibawa oleh Saiyidina Abu Bakar R.A., bagi tujuan jihad itu
maka Rasulullah S.A.W. menjadi terkejut lalu berkata kepadanya:
"Hal sahabatku yang
budiman, kalau sudah semua harta bendamu kau korbankan apa lagi yang
akan engkau tinggalkan buat anak-anak dan isterimu?
Pertanyaan Rasulullah
S.A.W. itu dijawab oleh Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq dengan tenang
sambil tersenyum, ujarnya. "Saya tinggalkan buat mereka Allah dan
RasulNya.
Demikianlah kehebatan
jiwa Saiyidina Abu Bakar AlSiddiq, suatu contoh kemurahan hati yang
memang tidak dijumpai bandingannya di dunia. Memandangkan besarnya
pengorbanan beliau terhadap Islam maka wajarlah kalau Rasulullah
bersabda bahawa tegaknya Agama Islam itu adalah lantaran hanta benda
Siti Khadijah dan juga Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq. Tepatlah juga
tatkala baginda bersabda bahawa kiranya iman seluruh ummat ditimbang
bersama iman Saiyidina Abu Bakar R.A. maka berat lagi iman Saiyidina Abu
Bakar R.A. Beliau memang manusia luar biasa kebesarannya yang telah
ditakdirkan oleh Allah S.W.T. untuk menjadi teman akrab Rasulullah s.a.w
Pada suatu ketika di
saat Rasulullah membaca khutbah yang antara lain menyatakan bahawa
kepada seseorang hamba Allah ditawarkan untuk memilih dunia dan memilih
ganjaran yang tersedia di sisi Allah, dan hamba Allah tersebut tidak
akan memilih dunia, melainkan memilih apa yang tersedia di sisi Tuhan...
Maka ketika meñdengar khutbah Nabi demikian itu Saiyidina Abu Bakar
R.A. lalu menangis tersedu-sedu, kenana sedih dan terharu sebab beliau
mendengar dan mengerti bahawa yang dimaksud dalam isi khutbah tersebut
ialah bahawa umur kehidupan Rasul di dunia ini sudah hampir berakhir.
Demikian kelebihan Saiyidina Abu Bakar R.A. di- banding dengan para
sahabat yang lain kerana beliaulah yang mengetahui bahawa umur Rasul
hampir dekat.
Keunggulan beliau dapat
dilihat dengan jelas selepas wafatnya Rasulullah S.A.W. di kala mana
ummat Islam hampir-hampir menjadi panik serta tidak percaya kepada
kewafatannya. Bahkan sahabat besar Saiyidina Umar Al Khattab sendiri
telah diselubungi kekacauan fikiran dan tampil ke muka umum sambil
mencabar dan mengugut sesiapa sahaja yang berani mengatakan baginda
telah wafat. Ujar Umar r.a., "Rasulullah tidak wafat, dia hanya pergi
menghadap Allah sahaja seperti perginya Nabi Musa yang telah
menghilangkan diri dan kaumnya selama empat puluh hari, kemudian pulang
semula kepada kaumnya setelah diheboh-hebohkan wafatnya.
Ketika kegawatan itu
berlaku Saiyidina Abu Bakar sedang berada di suatu kampung Al-Sunnah.
Tatkala berita kewafatan Rasulullah itu sampai kepadanya, beliau dengan
segera menuju ke Madinah. Di sana beliau dapati ramai orang sedang
benkumpul mendengarkan pidato Saiyidina Umar Al Khattab tadi. Tanpa
lengah-lengah lagi Saiyidina Abu Bakar terus ke rumah puterinya Siti
Aisyah dan di sanalah beliau dapati tubuh Rasulullah S.A.W. terbujur di
satu sudut rumah. Beliau lantas membuka wajah Rasulullah dan
mengucupkannya, sambil benkata, "Wahai, betapa cantiknya engkau ketika
hidup dan betapa cantiknya engkau ketika mati! Kemudian beliau pun
keluar mendapatkan orang ramai yang sedang dalam panik itu lalu berkata
dengan nada yang keras:
"Wahai kaum Muslimin!
Barang siapa yang menyembah Muhammad, maka Muhammad telah mati. Tetapi
barang siapa yang menyembah Allah maka Allah selama-lamanya hidup tidak
mati. Seraya menyambung membacakan sepotong ayat dari Al Qur'an:
"Muhammad itu tidak
lebih dari seorang rasul seperti rasul-rasul yang terdahulu darinya.
Jika ia mati atau terbunuh patutkah kamu berundur ke belakang. Sesiapa
yang surut ke belakang, dia tidak akan membahayai Allah sedikit pun dan
sesungguhnya Allah akan memberi ganjaran kepada orang-orang yang
bersyukur.
Sejurus sahaja
mendengar ayat itu, Saiyidina Umar Al Khattab pun terus rebah hingga
barulah beliau dan orang ramai Islam yang telah mendengar pidatonya tadi
mendapat kepastian bahawa Rasulullah sudah wafat. Kaum Muslimin
tentunya telah pernah dengar ayat ini sebelumnya, kerana ayat itu telah
turun semasa peperangan Uhud, ketika Rasulullah S.A.W. telah diberitakan
mati terkorban dan menyebabkan banyak pejuang-pejuang Islam berundur ke
Madinah. Tetapi mereka tidaklah memahami maksud ayat ini seperti yang
difahami oleh Saiyidina Abu Bakar R.A. Ini jelas membuktikan kecerdasan
Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq dalam memahami Islam.
Ketika Rasulullah
S.A.W. wafat, baginda memang tidak meninggalkan pesan tentang siapa yang
patut menggantikan baginda sebagai Khalifah ummat Islam. Tetapi setelah
lama berbincang kaum Muslimin dengan suara ramai memilih Saiydina Abu
Bakar Al-Siddiq sebagai Khalifah setelah namanya itu dicalunkan oleh
Saiyidina Umar Ibnul Khattab R.A. Pemilihan ini tentulah tepat sekali
kerana pada pandangan kaum Muslimin memang beliaulah yang paling layak
sekali memegang kedudukan itu memandangkan kelebihan-kelebihannya dari
para sahabat yang lain. Apatah lagi beliaulah yang pernah ditunjuk oleh
baginda Rasul semasa hayatnya untuk menggantikan baginda sebagai imam
sembahyang tatkala baginda sedang uzur.
Setelah dipilih oleh
sebahagian besar ummat ketika itu Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq pun
memberikan ucapannya yang terkenal yang antara lainnya baginda berkata:
"Wahai sekelian ummat!
Aku telah dipilih menjadi pemimpin kamu padahal aku ini bukanlah orang
yang terbaik di antara kamu. Sebab itu jika pemerintahanku baik, maka
sokonglah, tetapi jika tiada baik, maka perbaikilah. Orang yang lemah di
antara kamu adalah kuat pada sisiku hingga aku harus menolongnya
mendapatkan haknya, sedang orang yang kuat di antara kamu adalah lemah
pada sisiku, hingga aku harus mengambil hak orang lain yang berada di
sisi nya, untuk dikembalikan kepada yang berhak semula. Patuhilah
kepadaku selama aku patuh kepada Allah dan RasulNya. Akan tetapi jika
aku mendurhakai Allah, maka kamu sekelian tak harus lagi patuh kepadaku.
Aku dipilih untuk
memimpin urusan ini padahal aku enggan menerimanya. Demi Allah aku ingin
benar kalau ada di antaramu orang yang cekap untuk urusan ini.
Ketahuilah jika kamu meminta kepadaku agar aku berbuat sebagai yang
telah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. sungguh aku tidak dapat
memperkenankannya, Rasulullah adalah seorang hamba Allah yang dapat
kurnia wahyu dari Tuhan, kerana itu baginda terpelihara dari
kesalahan-kesalahan, sedang aku ini hanyalah manusia biasa yang tidak
ada kelebihannya dari seorangpun juga di antara kamu.
Ini adalah satu
pembaharuan dalam pemerintahan yang belum pernah dikenali oleh rakyat
jelata kerajaan Rome dan Parsi yang memerintah dunia barat dan timur
ketika itu. Baginda telah mematuhi manifesto politiknya. Baginda hidup
seperti rakyat biasa dan sangat tidak suka didewa-dewakan. Adalah
diriwayatkan bahawa pada satu masa ada orang memanggilnya, "Ya Khalifah
Allah! Baginda dengan segera memintas cakap orang itu dengan katanya:
"Saya bukan Khalifah Allah, saya hanya Khalifah RasulNya!
Adalah diriwayatkan
bahawa pada keesokan harinya iaitu sehari setelah baginda terpilih
sebagai Khalifah, Saiyidina Abu Bakar R.A. kelihatan membawa barang
perniagaannya ke pasar. Beberapa orang yang melihat itu lalu mendekati
baginda, di antaranya Abu Ubaidah Bin Janrah. Sahabat besar itu
mendekati baginda seraya berkata, "Urusan Khalifah itu tidak boleh
dicampuri dengan berniaga! Lalu Abu Bakar R.A. bertanya, "Jadi dengan
apakah aku hidup, dan bagaimana aku membelanjai rumah tanggaku? Demikian
sedihnya nasib yang menimpa Saiyidina Abu Bakar R.A. sebab walaupun
kedudukannya sebagai Kepala Negara namun belum ada lagi ketetapan untuk
bagi seseorang kepala pemenintah Islam memperolehi gaji dari harta
kerajaan.
Keadaan ini mendapat
perhatian dari para sahabat lalu mereka menentukan tunjangan secukupnya
buat baginda dan buat keluarga baginda yang diambil dari Baitul Mal.
Kemudian itu baharulah Khalifah Abu Bakar meninggalkan usaha
perniagaannya kerana hendak memusatkan seluruh tenaganya untuk
mengembangkan agama Islam dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai
seorang Khalifah. Semasa hertugas sebagai Khalifah ummat Islam baginda
hanya menerima peruntukan sebanyak enam ribu dirham sahaja setahun iaitu
kira-kira lebih kurang 1,200 dolar sahaja setahun. Peruntukan itu tidak
dibelanjakannya untuk keperluan dirinya malahan sebelum wafatnya
baginda telah memerntahkan supaya pendapatannya itu diserahkan kembali
kepada Baitul Mal.
Kebijaksanaan Abu Bakar
R.A. juga ternyata dalam polisinya menyamakan pemberian elaun kepada
orang-orang yang berhak agar mereka tidak dipisahkan oleh jurang-jurang
perbezaan yang jauh agar tidak lahir satu golongan yang mendapat
kedudukan yang lebih istimewa dan golongan-golongan yang lain. Sedangkan
baginda sendiri hanya mengambil sekadar keperluan-keperluan asasi buat
diri dan keluarganya.
Sebelum baginda wafat,
kepada Saiyidina Umar Al Khattab baginda telah mewasiatkan agar jangan
menghiraukan jenazahnya nanti bila baginda pulang ke rahmatullah,
melainkan haruslah dia segera mengirim bala tentera ke Iraq untuk
membantu Al Muthanna yang sedang bertempur di Iraq itu. Saiyidina Abu
Bakar R.A. tidak lupa mengingatkan Saiyidina Umar R.A. apa yang
dikerjakannya di waktu Rasulullah wafat dan bagaimana cintanya kepada
Rasul dan perhatiannya kepada jenazah baginda yang suci itu tidak
mengabaikannya dan melaksanakan kewajipan biarpun yang demikian itu amat
berat bagi jiwanya. Dengarlah antara lain kata-katanya kepada Umar
Ibnul Khattab R.A.:
"Dengarlah hai Umar!
Apa yang akan kukatakan ini dan laksanakanlah. Aku mengharap akan
kembali ke hadrat Allah hari ini sebab itu sebelum matahari terbit pada
esok hari engkau hendaknya telah mengirim bala hantuan kepada Al
Muthanna. Janganlah hendaknya sesuatu bencana bagaimana pun besarnya
dapat melupakan kamu dan urusan agama dan wasiat Tuhan. Engkau telah
melihat apa yang telah ku lakukan tatkala Rasulullah wafat sedang
wafatnya Rasulullah itu adalah satu bencana yang belum pernah manusia
ditimpa bencana yang sebesar itu. Demi Allah, andaikata di waktu itu aku
melalaikan perintah Allah dan RasulNya, tentu kita telah jatuh dan
mendapat siksaan Allah, dan pasti pula kota Madinah ini telah jadi
lautan api.
Dalam masa
pemerintahannya yang singkat Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq yang
memerintah hanya dalam masa dua tahun sahaja itu telah meletakkan asas
pembangunan sebuah pemenintahan Islam yang teguh dan kuat setelah
berjaya mengatasi berbagai macam masalah dalam negeri dengan segala
kebijaksanaan dan kewibawaannya. Baginda telah memenuhi segenap
janji-janjinya dan dalam masa dua tahun pemerintahannya itu telah
terbentuk rantai sejarah Islam yang merupakan lembaran-lembaran yang
abadi.
Sungguh kehidupan
Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq adalah penuh dengan nasihat, penuh dengan
ajaran serta kenang-kenangan yang indah mulia. Selama dua tahun
pemerintahannya itu baginda telah berjaya menyusun tiang-tiang pokok dan
kekuatan Islam. Baginda telah membangunkan kekuatan-kekuatan yang
penting bagi memelihara kepercayaan kaum Muslimin dan bagi memelihara
keagungan Agama Islam. Bahkan baginda telah mengakhiri riwayat
pemerintahan yang dipimpinnya dengan menundukkan sebahagian daripada
negeri Syam dan sebahagian daripada negeri Iraq, lalu pulang ke
rahmatullah dengan dada yang lapang, ketika umur baginda menginjak 63
tahun. Baginda dikebumikan di samping makam Rasulullah S.A.W. di Masjid
Madinah. Semoga riwayat serta penjuangan baginda menjadi contoh ibadat
yang murni bagi sekelian kaum Muslimin.
Share ke Google
|
"Sobat suka postingan ini? Silahkan copy link dibawah ini dan paste ke web, blog, atau sosial media sobat yang nantinya akan menghubungkan sobat langsung dengan postingan ini. "
|
0 comments:
Post a Comment