Saiyidina Ali R.A.
bukan sahaja seorang sahabat besar Rasullullah S.A.W. serta yang paling
dicintai oleh baginda bahkan beliau juga seorang manusia luarbiasa yang
memiliki ilmu bagaikan lautan, kefasihan lidahnya yang tiada bandingan
sebagai seorang ahli sastera dan pidato, di samping seorang pahlawan
yang tiada seorangpun dapat menafikan kehandalannya di antara barisan
pahlawan-pahlawan yang terbilang.
Beliau
telah memeluk Islam ketika berumur 8 tahun dan merupakan kanak-kanak
yang mula-mula sekali memeluk Islam. Setengah riwayat menyatakan bahawa
beliaulah yang paling dahulu Islam dari Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq
R.A. Saiyidina Ali Bin Abu Talib termasuk ahli keluarga Rasulullah
S.A.W. sendiri kerana beliau adalah sepupu baginda yang membesar dalam
asuhan dan pemeliharaan Nabi S.A.W. Saiyidina Ali R.A. dilahirkan dalam
Kaabah, kiblat yang menjadi kerinduan ummat Islam. Mula-mula yang
dilihatnya ialah Muhammad S.A.W. dan Siti Khadijah sedang sembahyang.
Ketika beliau ditanyakan kenapa memeluk Islam tanpa lebih dahulu
mendapat izin ayahnya, Ali R.A. menjawab, "Apa perlunya aku bermesyuarah
dengan ayah demi untuk mengabdi kepada Allah?
Pada mulanya agama
Islam hanya berkembang di sekitar lingkungan rumah Rasulullah S.A.W.
sahaja, yakni berkisar pada diri Rasulullah S.A.W., isterinya Siti
Khadijah, Ali dan Zaid Bin Haritsah. Pada suatu hari Nabi Muhammad
S.A.W. telah mengundang sekelian sanak saudaranya pada satu jamuan di
rumahnya. Setelah mereka itu datang maka Rasulullah S.A.W. pun
menerangkan kepada mereka itu tentang agama Islam yang dibawanya itu.
Maka Abu Lahab memutuskan pembicaraannya serta menyuruh hadirin yang
lain supaya meninggalkan jamuan makan itu. Pada keesokan harinya
Rasulullah S.A.W. mengadakan pula jamuan makan, dan setelah selesai
bensantap, maka bersabdalah Rasul S.A.W.
"Saya
rasa tak ada seorang yang membawa sesuatu yang lebih mulia daripada
yang ku bawa sekarang. Maka siapakah di antara kalian yang akan
menolongku? Tatkala mendengarkan rayuan Rasul itu mereka semua marah
lalu bangkit untuk meninggalkan rumah itu. Tetapi Ali yang masih lagi
belum baligh ketika itu lantas bangun seraya berkata, "Hai Rasulullah,
akulah yang akan menolongmu. Aku akan memerangi sesiapa sahaja yang akan
memerangimu , lalu disambut oleh hadirin dengan tertawa sambil
melihat-lihat Abu Talib dan anaknya itu. Kemudian meneka meninggalkan
rumah Rasul itu sambil mengejek-ejek.
Saiyidina
Ali R.A. pernah benkata, "Aku telah menyembah Allah S.W.T. lima tahun
sebelum disembah sesiapapun dari ummat Muhammad ini. Bahkan beliau
adalah salah seorang yang pertama bersembahyang bersama Rasulullah
S.A.W. Dalam hubungan ini Anas Bin Malik R.A. pernah berkata, "Muhammad
diangkat menjadi Rasulullah pada hari Isnin, sedang Ali Bin Abu Talib
sudah ikut sembahyang bersama baginda Rasul pada keesokan harinya.
Abu
Talib, bapa saudara Rasul adalah seorang yang miskin lagi susah
hidupnya serta mempunyai ramai anak. Maka dengan maksud untuk
meringankan beban Abu Talib itulah atas fikiran. Nabi S.A.W., Saiyidina
Abbas Bin Abu Muttalib telah mengambil Ja'afar menjadi tanggungannya
sedang Rasul sendiri mengambil Ali. Dengan hal demikian tumbuhlah Ali
Bin Abu Talib sebagai seorang pemuda di tengah-tengah keluarga
Rasulullah dan langsung memperoleh asuhan dan baginda. Saiyidina Ali
R.A. banyak mengambil tabi'at Nabi S.A.W. dan beliaulah yang terdekat
sekali hubungannya dengan Rasul serta yang paling dicintainya. Demikian
akrabnya Saiyidina Ali R.A. dengan Rasulullah S.A.W. hinggakan beliau
hampir-hampir tidak pernah berpisah sejengkal pun dari Rasulullah S.A.W.
baik di waktu suka mahupun di waktu susah. Pergonbanannya terhadap
Islam dan Rasulnya adalah demikian besar sekali dan akan selamanya
menjadi contoh keutamaan yang tiada bandingannya dalam sejarah ummat
Islam.
Tatkala
Rasulullah S.A.W. melakukan hijrah ke Madinah di atas penintah Allah
S.W.T. bagi menyelamatkan dirinya dari rencana pihak musyrikin Quraisy
yang bertujuan hendak membunuhnya, maka kepada Saiyidina Ali R.A.
ditugaskan oleh baginda untuk tidur di tempat tidurnya pada malam yang
sangat genting itu. Walaupun tugas itu sangat berat dan merbahaya sekali
namun Saiyidina Ali R.A. sebagai sifatnya seorang pejuang yang sejati,
telah menyanggupi tugas tersebut dengan hati yang ikhlas dan gembira,
kerana beliau mengerti bahawa berpeluang menyerahkan nyawanya demi untuk
menebus seorang Rasul. Bahkan beliau juga mengerti bahawa tugas yang
dilaksanakannya itu akan merupakan pengorbanan yang tidak ada tolok
bandingannya di kemudian hani.
Setelah
Rasulullah S.A.W. selamat sampai ke Madinah, tidak lama kemudiannya
tibalah pula rombongan Saiyidina Ali R.A. Apakala ramai kaum Muhajinin
sampai di kota Madinah itu, Rasullullah S.A.W. telah mempersaudarakan
antana golongan Muhajirin dengan golongan Ansar. Tetapi anihnya dalam
hubungan ini Rasulullah tidak mempersaudarakan Saiyidina Ali R.A. dengan
sesiapapun juga, hanya baginda berkata kepada Saiyidina Ali, demikian
sabdanya, "Wahai Ali, engkau adalah saudaraku di dunia dan saudaraku
juga di Akhirat. Demikian jelaslah bahawa baginda telah mempersaudarakan
Saiyidina Ali dengan diri baginda sendiri. Kesayangan Rasulullah S.A.W.
terbukti dengan menjodohkan Saiyidina Ali R.A. dengan puteri yang
paling disayanginya iaitu Fatimah AzZahrah, seorang wanita yang paling
utama di syurga, padahal sebelum itu Fatimah sudah pernah dilamar oleh
Saiyidina Abu Bakar dan Saiyidina Umar Al Khattab R.A. tetapi Rasul
menolaknya dengan lemah lembut dan dengan cara yang bijaksana.
Sebagai
seorang yang gagah berani dan sahabat yang paling disayangi baginda
Rasul, Saiyidina Ali R.A. tidak pernah ketinggalan dalam mana-mana
peperangan baik besar mahupun kecil yang dilakukan oleh Rasulullah
S.A.W. Beliau telah melakukan peranan yang penting dalam Peperangan
Badar yang terkenal itu. Ketika itu beliau merupakan seorang pemuda yang
gagah dan tampan masih dalam lingkungan 20an lagi. Dalam
peperangan itulah buat pertama kalinya Rasulullah S.A.W. telah
menyerahkan panji-panji peperangan kepada Saiyidina Ali R.A. dimana
beliau telah menjalankan tugasnya dalam peperangan tersebut dengan
cemerlang sekali. Setelah peperangan tamat para sahabat tidak menemui
Nabi S.A.W. di tengah-tengah mereka. Dalam keadaan mereka tertanya-tanya
itu tiba-tiba muncul Rasulullah S.A.W. bersama Saiyidina Ali R.A.
seraya baginda bersabda, "Saya sebenarnya ada di belakang kalian sedikit
kerana merawati perut Ali yang luka. Dari peristiwa ini dapatlah
dilihat betapa besarnya kecintaan baginda tenhadap Saiyidina Ali R.A.
dan bagaimana pula besarnya pengorbanan Ali R.A. dalam menegakkan
kemuliaan Agama Islam.
Dalam
apa jua peperangan yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W., Saiyidina Ali
R.A. tetap berada di samping baginda. Pada suatu ketika iaitu dalam
Perang Tabuk, tiba-tiba Rasulullah S.A.W. tidak membenarkan Saiyidina
Ali R.A. untuk menyertai baginda hingga sikap Rasulullah S.A.W. itu
telah dijadikan modal fitnah oleh pihak musuh-musuh Islam serta kaum
munafik konon baginda tidak senang hati terhadap Saiyidina Ali R.A. Jika
tidak demikian masakan baginda menegahnya menyertai perang. Sebagai
seorang yang benar dan mencintai kebenaran Saiyidina Ali R.A. kurang
berasa senang mendengar desas-desus yang kurang menyenangkan itu lantas
beliau terus menjumpai Rasul untuk meminta penjelasan. Sebagai
menghilangkan keraguan beliau itu, Rasul lalu bersabda kepadanya,
"Tidakkah engkau rela hai Ali, kedudukanmu di sisiku seperti kedudukan
Harun di sisi Musa ?" Mendengankan kata-kata Rasulullah s.a.w yang
menyejukkan jiwanya itu maka barulah puas Saiyidina Ali R.A.
Perkataan Rasul itu terang memperlihatkan betapa besarnya kecintaan dan penghormatan baginda terhadap dirinya.
Dalam
Perang Khaibar pula di mana sebuah ibu kota kaum Yahudi sukar dapat
ditakluki oleh angkatan tentera Islam, Saiyidina Ali R.A. telah
memainkan peranannya yang utama sekali. Pada mulanya pihak Islam gagal
untuk menakluki kota tersebut sekalipun telah dilakukan pengepungan
beberapa hari lamanya. Dalam detik-detik yang sukar itulah akhirnya
Rasulullah S.A.W. bersabda"Saya akan menyerahkan panji-panji peperangan
esok pada seorang lelaki yang mencintai Allah dan RasulNya dan dicintai
oleh Allah dan RasulNya".
Sekelian
panglima pasukan masing-masing mengharapkan agar dirinya akan
diserahkan panji-panji tersebut kerana setiap mereka bercita-cita hendak
mendapatkan kemuliaan yang begitu besar sebagai seorang yang mencintai
Allah dan RasulNya dan dicintai pula oleh Allah dan RasulNya. Pada keesokan
harinya, setelah selesai sembahyang subuh Rasulullah S.A.W. lantas
mencari-cari Saiyidina Ali R.A. Nyatalah bahawa Saiyidina Ali R.A. tidak
ada di situ kenana ketika itu Ali R.A. mengidap sakit mata. Kemudian
bersabdalah Rasul "Panggillah Ali ke mari menjumpai saya, Saiyidina Ali
R.A. yang sedang sakit kedua matanya itu lalu datang mengadap Rasulullah
S.A.W. seraya baginda pun meludah kepada mata beliau yang sakit itu.
Maka dengan serta merta sahaja sembuhlah mata beliau. Kemudian Rasul pun
menyerahkan panji-panji kepada Saiyidina All R.A. Maka benteng yang
sudah berhani-hari tidak dapat ditembus itu akhirnya dapat dikalahkan di bawah pimpinan panglima Ali Bin Abu Talib R.A.
Satu
lagi peperangan di mana Saiyidina Ali Bin Abu Talib R.A. memperlihatkan
kegagahan dan keberaniannya yang luarbiasa ialah tatkala berlakunya
Perang Khandak atau Ahzab. Perang ini adalah antara pihak Islam dengan
angkatan musyrik Mekah yang mendapat bantuan dari puak-puak Arab yang
lain serta orang-orang Yahudi. Orang-orang Islam telah menggali
parit-parit yang digelarkan Khandak di sekeliling kota Madinah sebagai
jalan untuk membendung kemaraan pihak musuh danipada memasukinya. Jumlah
pihak musuh adalah kira-kira 10,000 orang tetapi mereka tidak dapat
masuk kerana tenhalang oleh parit-parit. Namun begitu mereka terus
mengepung kota itu selama 15 hari lamanya. Kemudian Allah S.W.T.
turunkan angin ribut dari tentera Allah yang tak kelihatan memukul dan
menerbangkan khemah-khemah serta alat perang musuh sehingga mereka pun
mengundurkan diri dengan penuh kekecewaan.
Semasa
peperangan inilah diriwayatkan bahawa beberapa pahlawan musynik Quraisy
telah dapat menyeberangi parit dengan mengenderai kuda. Di antara
mereka ialah Amru Bin Abdi Wid, Ikrimah Bin Abu Jahal dan Dhiraar Ibnul
Khattab. Apakala mereka itu telah berada di seberang parit, tiba-tiba
Amru Bin Wid telah bertempik meminta lawan untuk beradu kekuatan dengan
pihak pahlawan-pahlawan Islam. Dia mencabar seraya berkata, "Siapa di
antara kalian yang berani berlawan denagan aku, silakan!
Cabaran itu lantas disambut oleh Saiyidma Ali R.A. yang kemudiannya
terus meminta izin dari Rasulullah S.A.W. untuk melawan pahlawan musyrik
itu. Kata Ali R.A., "Saya akan melawan dia, ya Nabi Allah, Izinkanlah
saya. Tetapi Rasulullah S.A.W. telah menahannya dengan sabdanya,
"Duduklah engkau hai Ali! Tidakkah engkau tahu dia Amru.
Amru
kemudian minta lawan lagi berulang-ulang hingga dua kali. Setiap ia
mencabar, Saiyidina Ali R.A. telah berdiri menyahutnya tetapi Rasulullah
senantiasa menyuruhnya duduk sambil mengingatkan bahawa lawannya itu
bukan padannya kenana Amru itu memang terkenal gagah lagi perkasa. Namun
begitu Saiyidina Ali R.A. tetap juga mengatakan, "Sekalipun dia itu
Amru, hai Nabi Allah, saya tidak takut melawannya. Izinkanlah saya
menemuinya. Akhinnya Rasulullah S.A.W. mengizinkannya untuk melawan
musuh yang keadaan orangnya lebih tua, lebih besar lagi lebih
berpengalaman dari dirinya itu. Sebelum Saiyidina Ali R.A. pergi
mendapatkan musuhnya yang menanti itu, Rasulullah S.A.W. telah
membekalnya dengan pedangnya lalu kemudian berdoa ke hadrat Allah S.W.T.
untuk keselamatan Saiyidina Ali Bin Abu Talib R.A.
Tidak
lama kemudian tampillah Saiyidina Ali R.A. ke hadapan. Manakala Amru
melihatnya dia tidak dapat mengenalinya kerana muka dan kepala Saiyidina
Ali R.A. bertopeng besi lalu ditanyainya:
“Siapa engkau, hai pahlawan?”
Jawapnya, "Ali!”
Tanya Amru lagi, "Ali, anak Abdul Manaf?”
Jawab Ali R.A. "Ali, anak Abu Talib”
Mendengar
nama itu Amru enggan hendak melawannya seraya katanya untuk
memperkecilkan kehandalan Ali R.A. "Wahai anak saudaraku! Lebih baik
orang lain sahaja engkau suruh melawan aku. Panggillah paman-pamanmu
yang lebih kuat daripadamu. Aku benci menumpahkan darahmu, kerana aku
memandang ayahmu seorang sahabat baikku.
Saiyidina
Ali R.A. lalu menjawab, "Tetapi aku, demi Allah, tak benci menumpahkan
darahmu. Demi mendengarkan jawapan itu maka menjadi marahlah Amru dan
mulalah ia hendak menyerangnya. Tetapi Saiyidina Ali R.A. lalu benkata,
"Macamana aku hendak bertempur denganmu padahal engkau di atas kuda.
Turunlah ke mari sama-sama aku di bawah.”
Mendengar
itu Amru telah menghambur dari kudanya, dihunusnya pedangnya itu dan
untuk menunjukkan garangnya ditetak kudanya dicencangnya mukanya supaya
tak boleh lari. Kemudian ía mara ke hadapan mendapatkan Saiyidina Ali
R.A. yang disambut pula olehnya dengan mengacukan perisainya yang dibuat
daripada kulit. Amru telah menetaknya, perisainya tersiat sedang
pedangnya pula melekat di situ dan mengenai kepala Saiyidina Ali R.A.
Maka Saiyidina Ali R.A. pun membalas menetak bahu Amru. Ia lalu
tersungkur rebah serta mati di situ juga. Saiyidina Ali R.A. lantas
memekikkan takbir, "Allahu Akbar yang disambut pula dengan pekikan
takbir yang bengemuruh di angkasa oleh kaum Muslimin yang menyasikannya,
sebagai tanda kesyukunan di atas kemenangannya. Dan dengan kematian
Amru itu kawan-kawannya yang lain bertempiaran lari mengundurkan diri.
Rasulullah
S.A.W. selalu memilih Saiyidina Ali R.A. untuk diberikan tugas dalam
pekerjaan-pekerjaan yang amat berat, yang memerlukan keberanian yang
luarbiasa serta ketabahan yang besar. Pada suatu masa, Rasulullah S.A.W.
telah mengutus pahlawan Islam Khalid Bin Walid ke negeri Yaman untuk
melaksanakan tugas sebagai pemenintah dan mubaligh Islam di negeri itu.
Setelah bekerja selama enam bulan ternyata Khalid tidak berjaya
memperoleh hasil yang diharapkan walaupun setelah bekerja bertungkus
lumus. Kemudian Rasulullah S.A.W. pun mengutus pula Saiyidina Ali R.A.
untuk menggantikan tempat Khalid Bin Walid sebagai mubaligh dan
pemenintah di sana. Demi apakala penduduk Yaman mendengar bahawa
Saiyidina Ali R.A. yang telah mereka kenal Sebagai Harimau Padang Pasir
itu ditugaskan sebagai pemerintah yang baru maka bersegeralah mereka
berkumpul hingga akhirnya Saiyidina Ali R.A. dapat melakukan sembahyang
subuh bersama-sama mereka itu.
Setelah
selesai sembahyang subuh, Saiyidina Ali R.A. pun membacakan surat
dakwah di hadapan para hadirin. Maka seluruh penduduk dan kaum Hamdan
sekeliannya memeluk Islam pada hari itu. Dalam laporan yang dikirimkan
oleh beliau kepada Rasulullah S.A.W. Saiyidina Ali R.A. telah
mengisahkan peristiwa yang telah terjadi itu. Setelah Rasul S.A.W.
membaca laporan tersebut segeralah baginda sujud menyembah Allah sebagai
tanda syukur atas kejadian itu senaya bersabda, "Sejahteralah penduduk
Hamdan.
Selaku
pemerintah dan mubaligh di Yaman, Saiyidina Ali R.A. juga telah
diperintahkan untuk menjadi hakim dalam bidang pengadilan. Oleh kenana
beliau berasa dirinya kurang ahli dalam bidang pengadilan itu maka
dengan terus-terang dan ikhlas beliau berkata kepada Rasul S.A.W., "Ya
Rasul Allah, saya tidak mengerti dan tidak mempunyai keahlian yang cukup
mengenai hal pengadilan ini.
Mendengar
perkataan Saiyidina Au R.A. itu segeralah Rasulullah S.A.W. menyapu
dada beliau dengan tangan Rasulullah S.A.W. sendiri sambil bersabda, "Ya
Allah, bukalah dada Ali untuk menerima ilmu dan lapangkanlah ucapannya
dalam soal pengadilan". Adalah diriwayatkan bahawa berkat doa Nabi
Muhammad S.A.W. itu Saiyidina Ali Bin Abu Talib R.A. kemudiannya menjadi
seorang hakim yang bijak lagi adil hukumannya. Baik di zaman Saiyidina
Abu Bakar Al-Siddiq R.A. mahupun di zaman Saiyidina Umar Al Khattab R.A.
selalulah Saiyidina Ali R.A. diajak bermesyuarah dalam memutuskan
sesuatu masalah yang dihadapi oleh Khalifah-Khalifah itu. Bahkan
Saiyidina Umar Al Khattab R.A. biasanya enggan memutuskan sesuatu
keputusan sebelum lebih dahulu Saiyidina Ali R.A. diajaknya berunding.
Demikianlah
beberapa kisah riwayat tentang peranan yang pernah dilakukan oleh
Saiyidina Ali Bin Abu Talib di zaman hidupnya Rasulullah S.A.W. Ketika
Rasulullah S.A.W. wafat, Saiyidina Ali R.A. tidak mempunyai kesempatan
untuk menyertai pertemuan para sahabat dan golongan Muhajirin dan Ansar
di Balai Bani Saidah hingga terpilihnya Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq
sebagai Khalifah. Sebabnya ialah ketika itu beliau sibuk menguruskan
jenazah Rasulullah S.A.W. Pada hari yang penuh dukacita itu, beliau sama
sekali tidak menghiraukan permesyuaratan yang berlangsung di Balai Bani
Saidah itu kerana beliau sibuk dengan tugas-tugas pengkebumian jenazah
Rasulullah S.A.W. serta mententeramkan sekelian keluarga Rasul S.A.W.
Permesyuaratan
di Balai Bani Saidah hampir-hampir sahaja menimbulkan keadaan yang
kacau tetapi akhirnya dapat ditenteramkan dengan terpilihnya Saiyidina
Abu Bakar R.A. sebagai Khalifah pertama sesudah Rasulullah S.A.W. Pada
mulanya Saiyidina Ali R.A. enggan memberikan persetujuannya terhadap
pemilihan Abu Bakar Al-Siddiq R.A. sebagai Khalifah, bukan kerana benci
atau kurang senang terhadap Saiyidina Abu Bakar R.A. bahkan kerana rasa
hati beliau yang sedang remuk redam disebabkan hilangnya Rasulullah
S.A.W. Enam bulan kemudian setelah isteri beliau iaitu
Siti Fatimah meninggal dunia, maka baharulah Saiyidina Ali Bin Abu Talib
R.A. memberikan persetujuannya secara rasmi terhadap pengangkatan
Saiyidina Abu Bakar R.A. sebagai Khalifah. Saiyidina Abu Bakar R.A. pun
selaku pemerintah ummat yang agung, tidak pernah meninggalkan Saiyidina
Ali R.A. di dalam permesyuaratan penting.
Apakala
Saiyidina Umar Al Khattab menjadi Khalifah yang kedua, Saiyidina Ali
R.A. tetap memperoleh kemuliaan dan penghormatan dan Saiyidina Umar R.A.
sepertimana yang dinikmatinya semasa pemenintah Abu Bakar R.A. Walaupun
diketahui bahawa Umar Al Khattab terkenal sebagai sahabat yang sangat
ahli dan bijak dalam bidang hukum, namun baginda sering minta bantuan
kepada Saiyidina Ali R.A. di dalam menyelesaikan beberapa hal yang
sulit-sulit bahkan pernah diriwayatkan orang bahawa Saiyidina Umar Al
Khattab R.A. tidak suka merundingkan soal-soal yang sulit tanpa dihadiri
oleh Saiyidina Ali Bin Abu Talib.
Setelah
wafat Saiyidina Umar Al Khattab jawatan Khalifah akhirnya jatuh pula ke
tangan Saiyidina Uthman Bin Affa'n R.A. Namun begitu Saiyidina Ali R.A.
tetap memberikan persetujuannya serta ketaatannya kepada Khalifah
Uthman R.A. sekalipun dirinya juga bercita-cita agar terpilih sebagai
Khalifah. Sungguhpun demikian, kesayangan Khalifah Uthman yang
berlebih-lebihan terhadap kaum kerabatnya sendiri menyebabkan pandangan
Saiyidina Ali R.A. dalam beberapa hal berubah terhadap Khalifah. Bahkan
sebahagian danipada penduduk melihat seolah-olah terdapat keretakan
dalam hubungan antara dua tokoh besar itu. Keadaan inilah yang
menyebabkan setengah-setengah pihak yang memusuhi Saiyidina Ali R.A.
menuduh Saiyidina Ali R.A. terlibat dalam pembunuhan Saiyidina Uthman
Bin Affan R.A. Padahal yang sebenarnya Saiyidina Ali R.A. sama sekali
tidak bertanggungjawab dalam perkara yang terjadi ke atas Khalifah
Uthman R.A. Bahkan beliaulah sahabat yang paling mengambil berat
terhadap keselamatan Khalifah. Ketika rumah Khalifah Uthman R.A.
dikepung oleh puak pemberontak, Saiyidina Ali R.A. segera mengirim
puteranya Saiyidina Hasan R.A. supaya menjaga keselamatan Khalifah.
Tetapi ketika Saiyidina Hasan Bin Ali R.A. datang ke rumahnya untuk
menawarkan bantuan, Khalifah Uthman R.A. menolak bantuannya serta
menyuruhnya pulang. Lebih dari itu, apakala Saiyidina Ali R.A. mendengar
khabar tentang pembunuhan Khalifah Uthman R.A. beliau telah memukul
anaknya Hasan R.A. serta mengancam Muhammad Bin Talhah kerana
dianggapnya kurang rapi menjalankan tugas menjaga keselamatan Saiyidina
Uthman R.A.
Saiyidina
Ali R.A. akhinnya telah dipilih kemudiannya sebagai Khalifah selepas
kewafatan Khalifah Uthman R.A. sedang ketika itu sebahagian besar para
sahabat Rasulullah S.A.W. sudah berselerak di pelusok kota-kota di
seluruh wilayah Islam. Yang masih tinggal di Madinah hanya sebahagian
kecil sahaja.
Setelah
jawatan Khalifah jatuh kepadanya maka baharulah Saiyidina Ali R.A. cuba
bemtindak untuk membawa garis politik seperti yang pernah dijalankan
oleh Rasulullah S.A.W., Khalifah Abu Bakar R.A. dan
Khalifah Umar Al Khattab R.A. Tetapi keadaan masyarakat dan ummat sudah
jauh berubah disebabkan perkembangan ekonomi dan pembangunan yang
diakibatkan oleh perluasan takluk Islam. Cita-cita Saiyidina Ali R.A.
untuk membawa kembali dasar pemerintahan ummat sebagaimana zaman
Rasulullah dan Saiyidina Abu Bakan R.A. dan Umar R.A. telah menghadapi
rintangan dari pihak-pihak yang bersimpati dengan Saiyidina Uthman R.A.
yang menuduhnya bentanggungjawab dalam penistiwa pembunuhan itu.
Disebabkan
adanya golongan yang keras rnenentang sikapnya itu seperti Muawiyah Bin
Abu Sufyan dan pembantunya Amru Bin Al As maka tenjadilah satu
penbalahan yang sengit antana dua golongan itu. Satu
pertelingkahan yang panjang yang mengakibatkan pertumpahan darah di
antana sesama ummat Islam. Muawiyah berkeras enggan mengakui Saiyidina
Ali Bin Abu Talib sebagai Khalifah senta menuntut baginda mengenakan
hukuman tenhadap orang-orang yang bertanggungjawab dalam pembunuhan
Saiyidina Uthman R.A. Sedang Saiyidina Ali R.A. pula terlebih dahulu
telah memecat Muawiyah sebagai gabenor Syam dan juga tokoh-tokoh yang
pemnah dilantik oleh Khalifah Uthman R.A. atas dasan kekeluargaan.
Akibatnya maka berlakulah peperangan yang berpanjangan antara pihak
Khalifah Ali R.A. dengan pihak penyokong Muawiyah Bin Abu Sufyan yang
terdiri dari penduduk negeri Syam. Kesudahan dari perbalahan yang
panjang itu Saiyidina Ali Bin Abu Talib akhirnya telah mati terbunuh
oleh pengikut golongan Khawarij.
Share ke Google
|
"Sobat suka postingan ini? Silahkan copy link dibawah ini dan paste ke web, blog, atau sosial media sobat yang nantinya akan menghubungkan sobat langsung dengan postingan ini. "
|
0 comments:
Post a Comment